Sejarah Pkg
302 buah sekolah telah dipilih untuk menempatkan Pusat Sumber Tempatan / Pusat Media Daerah / Pusat Sumber Pendidikan Daerah yang tersebut di atas. Ini telah dilakukan dengan pengertian bahawa setiap Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) akan memberi khidmat kepada sejumlah sekolah di kawasan sekitarnya. Pada amnya sebuah PSPD berkhidmat untuk 15 hingga 20 buah sekolah di kawasannya. Pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Tujuannya pada waktu itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran berharga rendah.Melalui kegiatan PSPD, pihak Kementerian Pelajaran berhasrat meluaskan membudayakan teknologi dalam pendidikan untuk mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini PSPD dianggap sebagai agen untuk membiasakan guru khasnya guru luar bandar dengan teknologi pendidikan.Pada tahun seterusnya, adalah disedari bahawa istilah PSPD menimbulkan kekeliruan disebabkan istilah ‘Daerah’ yang digunakan kepada nama PSPD, sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah pentadbiran kerana di dalam sesuatu daerah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD. Dalam pada itu beberapa perkembangan yang telah dialami dalam bidang pendidikan hasil daripada meningkatnya keperluan profesional guru, PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru serta diberikan peranan yang lebih luas.Pertukaran nama ini adalah untuk memberi satu gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat ini. Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, “PUSAT KEGIATAN GURU adalah merupakan pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan di kalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah professional dapat diadakan”.
Objektif PKG
Membudayakan penggunaan ICT dalam teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan. Memberi khidmat teknikal kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan. Mencari alternatif-alternatif dan inovasi baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru. Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses ilmu kepada murid dan guru. Meningkatkan kecekapan pengurusan teknikal dan kemudahan Pusat Sumber Sekolah (PSS) terkini bagi menyokong peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran dan Memberi khidmat konsultansi teknologi peralatan dan inovasi berkaitan peralatan ICT oleh guru dan murid.
Fungsi PKG
Antara fungsi PKG adalah seperti berikut ;Memantau, menyelaras, menilai & memberi khidmat bantu PSS & program gerakan membaca di sekolah Memantau, menyelaras, menilai & memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah. Memberi perkhidmatan meja bantuan aras 3 (perkakasan & perisian) Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian & pelaksanaan dasar teknologi pendidikan. Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media. Melaksana, menyebar, mempromosi & menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah. Menyedia dan Menerbitkan Bahan Pelbagai Media Menyebar dan menyiarkan Bahan Pelbagai MediaMemberi khidmat Kepakaran Teknologi Pendidikan dan Media (Galak Guna) Mengurus pelaksanaan Perkhidmatan Sumber Pendidikan Mengurus Pelaksanaan Program Gerakan Tabiat Membaca Mengurus Pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah Mengurus perkhidmatan, pentadbiran dan kewangan serta Dasar Pendidikan.
Visi
MENERAJU TRANSFORMASI GENERASI BESTARI MELALUI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Misi
PEMBANGUNAN KAPASITI DAN PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN INSTRUKSIONAL MENERUSI PEMBUDAYAAN INOVASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Moto
TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Piagam Pelanggan
KAMI WARGA PKG SERI MANJUNG DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :
- Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan.
- Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT.
- Merancang, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah.
- Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.
- Merancang, menyelaras, menilai dan memantau pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber Sekolah dan pembudayaan literasi maklumat.
- Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai media elektronik dan media cetak.
- Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah.
- Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.