Pengetua/Guru Besar yang dihormati,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, semua agensi Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk sekolah perlu mematuhi Pekeliling ICT Bil.1 Tahun 2012:Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (DKICT) KPM yang menetapkan Perkara 9 - Keselamatan Dan Persekitaran supaya menempatkan atau melindungi peralatan untuk mengurangkan risiko ancaman persekitaran dan bencana alam serta peluang-peluang akses yang tidak dibenarkan.
3. Oleh itu, risiko ancaman persekitaran seperti makhluk perosak adalah serius dan perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah untuk mengurangkan kejadian peralatan ICT yang rosak disebabkan oleh makhluk perosak. Berikut dilampirkan contoh kejadian makhluk perosak tikus yang telah menyebabkan peralatan makmal komputer VDI Thin Client rosak dan jaminan terhadap peralatan tersebut terbatal.
4. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab untuk mengambil tindakan mengurangkan risiko ancaman makhluk perosak dan juga bagi sekolah-sekolah yang berisiko tinggi dengan ancaman makhluk perosak perlu mengambil tindakan dengan kadar segera.
5. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dikemukan kepada Cik Mak Sheau Yun ( [email protected]) di talian 019-2896605 atau En Wan Mohd Mohyeddin bin Wan Yacob ( [email protected]) di talian 019-3596605.