YBhg. Dato' Seri /Dr./ Tuan/Puan,
PELAWAAN PENCALONAN DAN UNDIAN AWAM BAGI ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI (AIPM) DAN ANEGERAH INOVASI SEKTOR AWAM (AISA) 2016 DI PORTAL RASMI MAMPU
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menganjurkan Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) untuk tahun 2016 yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun. Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
3. Sebagaimana YBhg. Dato' Seri /Dr./ Tuan/Puan sedia maklum Majlis AIPM dan AISA adalah majlis tahunan yang dianjurkan oleh MAMPU selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memartabatkan kreativiti dan inovasi sebagai pemacu negara ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Ia merupakan platform pengiktirafan peringkat tertinggi terhadap daya kreativiti dan inovasi yang juga merupakan perkongsian ilmu ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor awam disamping menggalakkan penglibatan semua lapisan komuniti dalam membangunkan produk perkhidmatan yang berinovasi.
4. Bagi maksud dan tujuan ini, MAMPU mempelawa pencalonan dan undian awam kepada semua agensi sektor awam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan orang ramai digalakkan untuk membuat undian kepada inisiatif dan agensi yang berkelayakan untuk memenangi anugerah ini. Untuk makluman pihak YBhg. Dato' Seri /Dr./ Tuan/Puan, tempoh pencalonan bagi Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016 akan dibuka kepada semua agensi sektor awam mulai 5 Februari 2016 sehingga 15 Mac 2016
5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan menghubungi Pn. Malathy (03-88725030) atau En. Amri (03-88725157). Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Dato' Seri /Dr./ Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih jua.
Sekian, salam hormat.